Quantcast
Channel: MOUNTDWELLER
Viewing all 11456 articles
Browse latest View live

Aku Ingatkan Yahudi Sahaja Yang Mungkir Janji, Rupanya.....

$
0
0
Sikap munafik Najib, pemimpin umno, Ketua Polis Negara, bekas polis dan lain-lain diselar oleh Rahim Noor, Bekas KPN
Ahmad Tajdid

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kesal dengan keengganan kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia serta menganggap tindakan tersebut sebagai ganjil dan mengingkari perjanjian damai yang dicapai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 1989.

Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah".

Beliau melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian.

Malah Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air.

Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia.

Kerajaan, ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya.

Beliau memberi contoh perjanjian damai yang termeterai antara Kerajaan Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sejurus selepas bencana Tsunami melanda wilayah Acheh.

Para pemimpin GAM yang tinggal di luar negara kerana mendapat suaka politik, ujar Abdul Rahim dibenarkan kembali ke Acheh oleh pemerintah Indonesia selepas perjanjian damai dimeterai.

Chin Peng meninggal dunia di Bangkok 16 September lalu selepas usahanya untuk kembali ke Malaysia termasuk melalui prosedur perundangan tidak tercapai.

Hasrat anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan Perkasa.

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan.
Chin Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

Menurut Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi 93 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status kewarganegaraan.

Kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah air. - sumber

Mursi Pula Akan Saman Tentera Mesir

$
0
0
Mursi mahu saman tentera


KAHERAH - MESIR:  Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi bercadang menyaman tentera selepas mendakwa, beliau diculik sebelum penyingkirannya, Julai lalu.
Peguamnya, Mohamed al- Damati melaporkan, Mursi sebagai berkata, beliau diculik  sejak 2 Julai hingga 5 Julai dan secara paksa diarah menginap di rumah Pengawal Republikan sehingga beliau dan pembantunya sekali lagi diarah berpindah ke pangkalan tentera laut selama empat bulan.

“Presiden bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap rampasan kuasa. Rakyat Mesir perlu tahu  perkara sebenar,” katanya selepas melawat Mursi di penjara dengan pasukan peguam.

Menurutnya, susulan pengakuan Mursi, pihak peguam  kini mempunyai fakta kukuh untuk dibentangkan kepada pihak pendakwaan untuk menyifatkan perbuatan tentera itu sebagai jenayah.

“Fakta itu juga disokong apabila Mursi ditahan seawal 2 Julai, sehari sebelum tentera merampas kuasa. Fakta lain bersangkutan adalah tindakan ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rancangan untuk pilihan raya sejurus Mursi digulingkan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu boleh difailkan ke mahkamah pentadbiran untuk membatalkan rancangan Abdel Fattah kerana berusaha menjatuhkan presiden.

“Sehingga kini, presiden masih enggan mengiktiraf mahkamah yang cuba mendakwanya,” katanya dipetik Press TV

Sementara itu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap 12 penyokong Mursi kerana menyerang ibu pejabat Al- Azhar Oktober lalu.

Laman web pergerakan  Ikhwanul Muslimin melaporkan, kesemua mereka adalah pelajar di universiti Al -Azhar.

Agaknya Berapa Ringgit Harga Satu 'Kepala'?

$
0
0
Yang kesihannya sianaknya itu baru berumur 6 tahun
Pasti anaknya itu akan mengalami trauma yang berpanjangan dan akan menjadi ingatan seumur hidupnya 

Peniaga pasar malam mangsa terbaru kes tembakan
Bernama
  • 11:26AM Nov 15 2013
Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.

"Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Lai berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan menurutnya kes akan disiasat secara terperinci.

Sementara itu isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.

"Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya Che Muhamad Danial berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.

"Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan.

Anak pasangan itu kelihatan trauma kerana terkejut.

Sementara itu seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju.

"Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu," katanya.

Pada 30 Oktober lepas, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Baharu.

Siasat Jangan Tak Siasat. Nak Tanya Pun Tak Boleh Ke?

$
0
0
Pada aku apa yang Izzah persoalkan adalah kos penempatan UTK di sana dan atas kepentingan apa?
Jadi....apa yang disuarakan pembangkang semuanya salah dan mengancam keselamtan negara?

Bocor rahsia sulit: Nurul Izzah perlu disiasat



SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.

Katanya, tindakan undang-undang tidak dikecualikan sama ada pemimpin itu mewakili parti pemerintah mahupun pembangkang termasuk badan bukan kerajaan (NGO)

Langkah itu katanya, bagi menjamin rahsia strategi keselamatan negara tidak terdedah kepada pihak luar.

Bagaimanapun beliau mendakwa, pembocoran rahsia keselamatan negara ini lazimnya dilakukan oleh pemimpin pembangkang bertujuan memburukkan imej negara.

"Pembangkang di negara ini sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak yang berkepentingan," katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras, semalam.

Syed Ali memberikan reaksi demikian berhubung pembocoran rahsia keselamatan negara yang didakwa berkaitan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Pihak berkuasa harus siasat bagaimana Nurul Izzah mendapat tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu merupakan rahsia strategi keselamatan negara.

"Dalam isu keselamatan sepatutnya tidak dipersoalkan secara terbuka apatah lagi di depan khalayak umum dan Nurul Izzah selaku wakil rakyat sewajarnya menggunakan saluran yang betul," katanya.

Sebelum ini, laporan dari portal berita melaporkan, Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.

Izzah berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

Kenyataan Izaah itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menurut Syed Ali lagi, isu tersebut sengaja dipolitikkan oleh pemimpin PKR bertujuan meraih sokongan rakyat.

"Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan aspek keselamatan negara.

"Jangan kerana hendak jadi popular dan juara, mereka boleh cakap sesuka hati termasuk membocorkan rahsia keselamatan negara," katanya.

Kalau Dia Bijak Dan Berkebolehan, Apa Salahnya?

$
0
0

Haji Hadi amal nepotisme?

FMT Staff  | November 15, 2013
Pemerhati politik meramalkan sebagai anak Presiden PAS, Khalil akan menang dalam pertandingan ini seperti mana anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz dahulu.






PETALING JAYA: Kalau pada tahun 2004 menantu Presiden Umno, Khairy Jamaluddin dicemuh oleh orang PAS kerana bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno ketika bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Presiden Umno, bagaimana pula PAS mahu menjawab tindakan anak Presiden PAS, Muhammad Khalil yang akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS pada 22 November ini?
Adakah Datuk Seri Haji Hadi Awang juga mengamalkan nepotisme dan kronisme juga seperti yang mereka lemparkan tuduhan kepada Pak Lah dahulu?
Pada pemilihan kali ini, Khalil akan bersaing dengan Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ustaz Khalil berhasrat untuk mempelbagaikan pendekatan dalam Pemuda PAS agar menjadi lebih kukuh dalam usaha meneruskan perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Beliau bersedia memastikan kesinambungan dasar perjuangan PAS itu diteruskan mengikut suasana zaman sekarang melalui pendekatan yang pelbagai.
“ Yang sedia ada sudah baik, cuma mahu dikembangkan lagi agar menjadi lebih baik untuk semua,” kata beliau.
Dalam pada itu beliau berikrar membawa Pemuda PAS ke arah yang lebih relevan bersesuaian dengan suasana masa kini, khususnya dalam usaha menarik lebih ramai anak muda.
Khalil berkata perjuangan itu akan digerakkan bersama secara kolektif bagi memastikan Pemuda PAS benar-benar menjadi satu badan yang memahami kehendak anak muda.
Sehubungan dengan itu beliau menyerahkan kepada para perwakilan dalam menentukan kedudukan beliau dalam sayap parti itu pada muktamar akan datang.
“Saya serahkan kepada perwakilan. Saya yakin dengan kematangan dan kebijaksanaan para perwakilan,” kata beliau lagi.
Pemerhati politik meramalkan sebagai anak Presiden PAS, Khalil akan menang dalam pertandingan ini seperti mana anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz dahulu

Susulan Cerita 'Beruk' Terlepas Di Parlimen

$
0
0
'Berkelakuan seakan beruk melompat di Parlimen?'
Steven Sim
  • 2:23PM Nov 15 2013
ULASAN dikemaskini Ada perkara pelik berlaku di Parlimen semalam.

Pada sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkan usul untuk menggantung ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan kerana menghina speaker Pandikar Amin Mulia.

Surendran diusir dari Dewan pada hari sebelumnya kerana enggan berhenti membentangkan usul perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun.

pakatan mp tearing motion papers 141113 fuziah sallehAhli Parlimen Pakatan Rakyat membalas dengan berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka memanggilnya "usul haram".

Pada sebelah petang pula, Fuziah Salleh, ahli Parlimen Kuantan, membentangkan usul untuk "mengagihkan semula" gaji lima orang penasihat bertaraf menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom dan Hasbi Habibollah.

Ahli Parlimen BN juga berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka juga memanggilnya usul haram.

Kelakuan "membalas balik" antara dua pihak yang menyebabkan perbuatan keduanya dikutuk sesetengah pemerhati kerana tidak matang dan berkelakuan seakan beruk di dalam Parlimen.

Tetapi adakah kedua-kedua aksi tersebut sama?

pakatan mp tearing motion papers 141113 Anda pernah dengar cerita seseorang yang memesan kopi tanpa susu di sebuah kedai kopi? Pelayan memberitahu bahawa kedai tersebut kehabisan susu, namun memandangkan mereka mempunyai gula, maka bolehlah memesan kopi tanpa gula.

Kopi tanpa susu dan kopi tanpa gula kedua-duanya kopi hitam. Akan tetapi, penyangkalan itu cukup penting. Kes sebegini disebut orang sebagai "serupa tapi tak sama".

Satu lagi contoh yang mungkin lebih baik: Orang kaya yang berdiet dan orang miskin yang kebuluran. Kedua-duanya kelaparan, tapi sebabnya amat berbeza.

Apakah sebab-sebab di sebalik tingkah laku blok kerajaan BN dan Pakatan?

Sebab Pakatan tolak usul kerajaan
Pada mulanya beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun untuk mengemukakan hujah, antaranya Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah, mengutarakan tiga sebab mengapa usul Nancy harus ditolak:

(1) Tidak mematuhi peraturan mesyuarat nombor 27, iaitu notis satu hari.

(2) Speaker mesti berpuas hati bahawa sesuatu notis satu hari mempunyai kepentingan awam - yang jelas tidak wujud dalam kes Surendran - sebelum boleh membenarkan notis tersebut, yang sepatutnya memakan masa seminggu untuk dibenarkan untuk didebat. Kalaupun kepentingan awam terlibat, hal ini harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

(3) Memandangkan speaker yang ‘dihina' merupakan speaker yang pada masa yang sama membenarkan usul ‘menghina speaker', maka terdapat konflik kepentingan yang jelas.

Sebab BN menolak usul Pakatan 
Apa pula sebab BN menolak usul Fuziah?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, mendakwa, usul Fuziah mempunyai kesilapan dalam menamakan jawatan Hasbi Habibollah sebagai penasihat pembangunan Sarawak, yang sepatutnya disebut sebagai pengerusi Perlembagaan Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak.

Penjelasan kemudian dibuat kepada Dewan Rakyat bahawa kesilapan penamaan tersebut berada dalam dokumen sampingan, bukan notis usul, dan ini sepatutnya tidak menjejaskan kesahihan usul tersebut.

Sandiwara kedua-dua pihak?
Usul BN bertujuan menggantung seseorang ahli Parlimen kerana membawa usul mengenai perobohan kuil Hindu berusia 101 tahun.

NONEUsul Pakatan bertujuan mengagih semula gaji yang dibayar kepada pelantikan politik khas dalam Jabatan Perdana Menteri oleh BN yang berjumlah RM1.6 juta setahun.

Penolakan Pakatan terhadap usul BN adalah kerana percanggahan penting dan ketidakadilan dalam usul tersebut.

Penolakan BN terhadap usul Pakatan kerana terdapat kesilapan penamaan.

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai ‘sandiwara' BN dan Pakatan dalam Parlimen semalam:

Pihak manakah yang cuba untuk membantah atas sebab yang benar dan kukuh, dan pihak manakah yang berkelakuan seperti monyet yang meniru aksi yang dilihatnya?



STEVEN SIM ahli Parlimen Bukit Mertajam. Beliau turut berdiri dan mengoyakkan usul Nancy Shukri semalam

Tak Ker Menongkah Arus Dalam UMNO Abe War?

$
0
0

Bersatu kita daulat hukum Allah di Kelantan – Annuar

KUALA LUMPUR: “Jom bersatu kita utk mendaulatkan hukum Allah di Klate kita...” tulis Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar menerusi facebook.

Beliau menulis demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad bahawa Jabatan Kehakiman Syarie negeri itu telah siap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan hudud yang baginya merupakan sesuatu yang menggembirakan.

“Setelah Brunei kita harap Klate kita pula menyusul segera pelaksanaannya...lagi pun urusan agama adalah terletak bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya,” tulisnya lagi.

Pada 18 September 2011, media melaporkan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika PAS Kelantan melaksanakannya.

“Kerajaan negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya, rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, PAS Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, PAS atau Umno sokong 100 peratus,” katanya.

Dun Kelantan meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) pada 1993.

Sementara itu, mengikut laporan media, Najib menegaskan  undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, pada 24 September 2011.

Penamat Bagi Dua Penjenayah

$
0
0
Dua suspek kes ragut maut kemalangan
TASEK GELUGOR: Dua suspek kes ragut maut selepas motosikal dinaiki merempuh jengkaut dalam kejadian di Kampung Tok Alang kira-kira jam 5.45 petang tadi.
Suspek Mohd Zaidi Hamid, 27, dan Muhammad Azrai Jamaludin,19, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Sementara seorang anggota polis yang mengejar mereka, Lans Koperal Rizal Izwan cedera selepas turut melanggar jengkaut berkenaan.- sumber

Tang Ni Aku Setuju Sangat Dengan Eman Manan

$
0
0
Ramai yang nak jadi Hero tapi bersilat entah apa-apa
Pergerakan keras macam kayu
Kalau baca Quran pula lidah keras macam mualaf!

Sabtu November 16, 2013
Eman Manan Tegur Pelakon Kurang Ilmu Pertahanan Diri
PETALING JAYA: Mana-mana artis yang berhasrat untuk muncul sebagai pelakon aksi seni mempertahankan diri perlu belajar terlebih dahulu kemahiran itu agar lakonan mereka kelihatan lebih realistik.
Aktor Eman Manan, 55, berkata, kebanyakan pelakon hari ini gagal mempamerkan aksi seperti yang dikehendaki sehingga ia kelihatan janggal apabila ditonton gara-gara tiada asas ilmu berkenaan.
"Orang yang tahu tentang seni mempertahankan diri akan dapat mengesan sejauh mana individu itu memahami seni mempertahankan diri.
"Hasilnya, lakonan daripada pelakon yang tiada ilmu itu akan memalukan. Jadi bagi pelakon-pelakon yang ingin berlakon aksi, lebih baik pergi belajar asas di mana-mana kelas mempertahankan diri terlebih dahulu tidak kiralah sama ada silat, tekwando atau karate sekalipun," katanya kepada mStar Online.
Tambah Eman, sesebuah filem atau drama perlu menitik beratkan aspek tersebut kerana ia merupakan salah satu kayu ukur terhadap kualiti sesebuah filem.
"Tidak guna kalau sesebuah filem aksi mendapat kutipan tinggi tapi kita tidak tahu apa yang cuba mereka sampaikan apabila tampil dengan seni mempertahankan diri yang tunggang-langgang.
"Mereka seharusnya buat kajian tentang itu, barulah filem-filem kita ada identiti tersendiri dan boleh dijual di luar negara," katanya.
Selain itu, Eman turut menegur adegan mengaji Al-Quran yang dilakonkan kebanyakannya tidak mengikut tajwid yang betul.
"Saya cukup marah dengan adegan yang memerlukan pelakon untuk membaca Al-Quran tetapi tidak membacanya dengan tajwid yang betul.
"Mereka tahu berapa ramai yang menontonnya, jika tidak tahu membaca Al-Quran kenapa tidak belajar menyebutnya dengan tajwid yang betul," katanya.
Bagaimanapun, Eman berkata, masih terdapat pelakon baharu yang boleh dibanggakan dan mampu membawa watak dalam lakonan mereka dengan berkesan.
"Kalau dulu saya sangat suka lakonan Zulhuzaimy tapi kini sudah jarang melihat dia berlakon, sekarang ini Shaheizy Sam, Namron, Que Haidar dan Remy Ishak," katanya.
Tambah Eman biarpun tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, dia masih mengikuti perkembangan industri filem dan drama tanah air.

Amerika Akan Huru Hara?

$
0
0
Secara Rahsia Amerika Bersiap Hadapi Huru Hara Dalam Negara Nya
Kita tumpu dulu keadaan yang sama jika berlaku dalam negara kita.

Seorang ayah dan ibu mahu membeli susu dan makanan untuk keluaraga , lalu beratur di kaunter kedai seperti Tesco, Giant dan Careffour , tiba tiba sistem wang tidak boleh di guna pakai, elektronik nya tidak berfungsi, kad kredit tidak dapat di baca.

Di bank pula keadaan sama berlaku, wang tidak dapat di keluarkan kerana mesin tidak berfungsi maka orang ramai tidak ada cash untuk membeli barangan. ada wang tetapi tiada mesin berfungsi untuk memproses kan nya.Bagaimana?

Di Petrol pam pun sama juga, orang beratur  tapi sistem pam tidak berfungsi, apa akan berlaku?
Sambil itu wang yang banyak tidak dapat di keluarkan kerana sistem jem dan out of order.

Jawapan kepada keadaan ini, kita lihat apa bacaan pakar negara Amerika.

Mereka mempercayai bahawa huru hara yang berskala besar akan berlaku.

Mereka menjangka kan orang ramai akan mula resah dan hanya menunggu seorang dua  memulakan pecah kedai maka pasti nya perbuatan ini akan di ikuti oleh orang lain untuk menyerbu bagi mendapat kan barang makanan dan keperluan.

Rahsia persiapan yang di buat secara sulit oleh Jabatan Dalam Negeri Amerika ini di hidu oleh beberapa pihak yang mempersoal kan pembelian peluru dengan jumlah yang amat besar dan banyak.
Dikabar kan mencecah 1.6 billion butir peluru di pesan oleh Jabatan Homeland didalam buku pesanan nya.

 "DHS officials have repeatedly denied stockpiling ammunition, but AP reports claim that the agency plans to buy more than 1.6 billion rounds of ammunition over the next four or five years, and has already bought 360,000 rounds of hollow point bullets and 1.5 billion rounds in 2012"

Boleh di anggar kan setiap 5 peluru untuk satu warga Amerika dengan kesemua jumlah pembelian itu.

Namun kepada pertuduhan ini Jabatan Homeland menyata kan bahwa pembelian ini berbentuk  "strategic sourcing contracts," yakni jika membeli dalam keadaan pukal dan banyak akan menjimat kan.

Namun ada pula laporan sebegini dari sumber lain dalam negara Amerika-  "Reports are that the Department of Homeland Security (DHS) is engaged in a massive, covert military buildup. An article in the Associated Press in February confirmed an open purchase order by DHS for 1.6 billion rounds of ammunition"

Ada pihak lain pula mengesyaki Amerika secara sulit mengetahui akan kejatuhan teruk pasaran saham dalam jangka terdekat ini dimana nilai wang sudah turun dan kuasa membeli rakyat akan hancur dan ini akan  mengakibatkan keadaan huru hara oleh rakyat nya ia boleh di baca pada tajuk ini

"Martial Law and the Economy: Is Homeland Security Preparing for the Next Wall Street Collapse?"
Alex Jones' Infowars.com: DHS Is Stockpiling Ammunition, Many Fear Gov't "Is Preparing For Civil Unrest." Last year, Infowars.com, a website run by conspiracy theorist Alex Jones,began speculating that DHS was stockpiling ammunition for several ominous reasons. A March 2012 post wondered, "[W]hy does the Department of Homeland Security need 450 million rounds of ammunition? Either this is an incredible waste or there is something that the Department of Homeland Security is not telling us." Infowars.com later claimed the Social Security Administration was also stockpiling ammunition, and floated the notion that DHS's purchase was to prevent "civil unrest"

Dengan berkeyakinan bahawa Homeland Department sudah mengetahui sesuatu akan berlaku, maka persiapan ini amat mengerun kan pelbagai pihak dalam negara Amerika sendiri.

Amerika yang sememang nya terkenal dengan pelbagai pengetahuan "advance" kerana di percayai satu kuasa "sulit" yang merancang kan nya.

Jadi sementara itu kita perhatikan sahaja sama ada "stockpiling" peluru ini untuk tujuan apa sebenar nya , kerana untuk menyerang negara musuh Amerika tidak memerlukan peluru sebegini.

Apa apa yang bakal berlaku di Amerika tentu sekali akan menjejas kan banyak negara kerana kekuatan ekonomi Amerika yang berkait rapat dengan ekonomi negara lain.

Blog ini amat mempercayai permainan kewangan dan ekonomi ada lah hasil kerja Iluminati.

Aku Dah Kata Kes Adalah 'Cerita Lawak'!

$
0
0
Macam kisah di TV
Bezanya kisah di tv yang dilarikan tu kereta polis 'jahat'....

Lalai atau kerja sambil lewa, ambil mudah
Apa jadi kalau pistol itu dihalakan tepat kepada polis?
Apa jadi kalau ada orang awam yang ditembak?

Kes MPV: KPN jamin siasatan terperinci


GEORGETOWN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan polis akan menyiasat secara terperinci berhubung kes seorang pemuda melarikan kereta peronda polis (MPV) dan ditemui maut selepas MPV itu merempuh perhentian bas.

Beliau juga memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana anggotanya jika didapati terbabit dalam kematian pemuda itu yang disahkan meninggal dunia akibat tembakan di kepala.

"Setakat ini siasatan awal kita mendapati kecederaan di kepala lelaki itu adalah ditembak olehnya sendiri. Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan secara terperinci.

"Saya sendiri akan ke Kuantan, Pahang petang ini untuk menemui anggota (polis) yang terlibat dalam kejadian untuk menyoal mereka bagi mengetahui situasi sebenar," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Khalid yang ditemui selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang diminta mengulas kenyataan bapa lelaki itu yang tidak berpuas hati apabila laporan bedah siasat bercanggah dengan kenyataan polis berhubung punca kematian anaknya.    

Abdul Nasir Abdullah, 50, dilapor akhbar hari ini sebagai berkata laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah itu menyatakan kematian anaknya disebabkan oleh tembakan di kepala, bukan kerana terhentak pada stereng kereta seperti yang dinyata oleh polis.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam Khamis lepas di susur keluar Plaza Tol Chenor Lebuhraya Pantai Timur, pemuda berusia 22 tahun itu bertindak menyerang anggota polis dan merampas pistolnya sebelum melarikan MPV berkenaan.

Dia yang dipercayai mengalami masalah mental turut melepaskan empat das tembakan secara rambang dari dalam MPV sebelum kenderaan itu terbabas dan merempuh perhentian bas di persimpangan Kampung Bukit Lada, Maran.  

Mengulas lanjut, Khalid berkata polis tidak menghalang jika keluarga lelaki itu mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Polis Diraja Malaysia.

Mengenai anggota yang terlibat dalam kejadian itu, Khalid berkata mereka yang berkenaan akan berdepan dengan tindakan tatatertib kerana cuai dan menyebabkan MPV dilarikan oleh suspek. - SH


* Bacaberita sebelumnya

Inilah Wajah Sebenar 'Pekida'

$
0
0
Pemegang PhD Perancis dedah kajian terhadap Pekida

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.

Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya  yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).

convertion forum protest 090807 gpms (left) pekida (right)Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.

Pekida, menurut kajian Sophie,  adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.

Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.

180910 pekida burn bar council banner sosilawatiLemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .

Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.

'Kuasa dan wang jadi pendorong '


Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.

Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.

Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut peluang yang wujud.

Sophie Lemiere Pekida forumLemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada dalam peralihan adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti politik.

Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.

Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa,  tetapi sentiasa kekal dengan potensi ganas.

Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po (L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno- nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia , semalam.

Kertas kerjanya  yang bertajuk 'Gangsters and Masters: Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.

Lemiere berpejabat di Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia  di Universiti Nasional Singapura. Laporan tambahan

Hudud: Selepas 10 Tahun, Tak Habis-Habis Dengan Senongeh Dan Dolak Dalih!

$
0
0
Kalau aku kata Kerajaan Kelantan memang berdolak dalih dalam hal ini nanti penyokong PAS marah kat aku
Tapi apa tidaknya.....
Sekali kata terhalang oleh Persekutuan, sekali kata dah bersedia, sekali kata kena berikan kefahaman kepada rakyat dulu
Dan hari ini keluar pula berita yang perlu diwujudkan Mahkamah Khas dan masih di peringkat perbincangan lagi

Kerajaan Kelantan dan berpuluh tahun bising
Bila DUN Kelantan meluluskan dan diperkenankan Baginda Sultan terus senyap
Brunei tak pun sibuk dan riuh rendah.....tup..tup...dah laksana Hudud!
Dan akhir-akhir ini baru riuh rendah pulak!
Tak cukup lagikah masa lebih 10 tahun itu?

Published: Sabtu November 16, 2013 MYT 7:10:00 PM
Kelantan Perlu Mahkamah Khas Laksana Hudud
KOTA BAHARU: Untuk melaksanakan undang-undang hudud, Kelantan perlu mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan undang-undang itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Bagaimanapun kata beliau, pelaksanaannya akan mengambil masa kerana kerajaan negeri perlu meneliti pelbagai perkara terutama berkaitan aspek perundangan bagi mengelakkan pertembungan.
Beliau juga berkata setakat ini perkara itu sudah dibincangkan sebanyak empat kali oleh jawatankuasa teknikal.
"...mungkin dalam bulan Disember atau Januari tahun depan kita akan adakan perbincangan lagi membabitkan pakar perundangan dan hakim-hakim serta pengamal undang-undang tentang apa yang perlu dibuat kerajaan negeri sebagai pelaksanaan awal terhadap pelaksanaan hudud," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kota Baharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.
Rabu lepas, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dilapor berkata Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan.
Ini kerana kata Daud segala prasarana berkaitan pelaksanaan hudud sudah lengkap termasuk hakim untuk mengendalikan kes. - sumber

Utusan Melenting Bila Chua Cuba Cubit Punggung!

$
0
0
Utusan: Chua jangan sampai orang meluat
mk - 1:02PM Nov 17 2013
Akhbar Mingguan Malaysia tanpa berselindung lagi hari ini menyeru agar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek segera berundur dari mengetuai parti tersebut atas kegagalan parti berkenaan dalam pilihan raya umum lalu.

Seruan itu timbul ekoran usaha terbaru Chua untuk menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan salah laku kerajaan pusat, kata pengarang Mingguan Malaysia dalam pojok Awang Selamat hari ini.

“Pada Awang, selama inipun, tanpa jawatankuasa seumpama itu, MCA kerap bertindak seperti suara pembangkang. Parti itu tidak juga menang, malah kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kepada Soi Lek, berilah peluang kepada muka lain untuk menerajui MCA. Parti itu tidak ketandusan pemimpin,” kata pengarang berkenaan dalam tulisan tersebut.

Menurutnya lagi, Chua seharusnya mengakui kesilapan sendiri sehingga menyebabkan kekalahan parti berkenaan dalam pilihan raya tersebut.

“Era Soi Lek sudah berlalu. Dont overstay your welcome atau bahasa mudahnya, jangan sampai orang meluat,” tulisan itu dipetik.

Pulak Daahhh.....!

$
0
0
Ko orang pikir Parlimen akan lulus tak kalau tak dapat lampu hijau dari Najib?
Dan adakah Najib akan setuju dengan tidak menghiraukan MCA?

Jadi kalau dah tahu bertentangan dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 apakah pekdahnya DUN Kelantan dan perkenan Sultan terhadap Undang-Undang itu?

Akta Mahkamah Syariah 1965 jadi penghalang?



Penganalisis Perundangan, Dr Shamrahayu Abdul Aziz

SHAH ALAM – Kelantan tidak akan dapat meneruskan hukum hudud walaupun Mahkamah Syariah negeri itu bersedia melainkan usul tersebut dibahaskan dan diluluskan dalam Parlimen.

Penganalisis Perundangan, Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana terikat dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 di mana kuasa Dun dan bidang kuasa mahkamah syariah adalah tertakluk kepada akta tersebut.

“Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahasan di Parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak.

“Tidak kisah siapa (ahli Parlimen) bawa usul tersebut tetapi akta Parlimen ini perlu melalui Jabatan Peguam Negara dan nak lulus bergantung pada Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Shamrahayu berkata, tiada saluran lain bagi Kelantan untuk melaksanakan hudud memandangkan negeri tersebut berada dalam Malaysia, bermakna Kelantan perlu mengikut perlembagaan negara.

Beliau berkata, perlembagaan memberikan kuasa kepada parlimen untuk menentukan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Ini mengikut butiran 1 Senarai 2 Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, di mana Parlimen pada 1965 meluluskan satu akta yang meletakkan bidang kuasa berkaitan hukuman yang boleh dibuat Dun untuk dilaksanakan.

“Undang-undang melangkaui tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan disekat,” katanya.

Beliau berkata, walaupun mahkamah bersedia, namun semua pihak perlu memahami bahawa mahkamah hanya melaksana, bukannya menggubal undang-undang tersebut.

Benarkah Selepas 3 Pilihanraya Lagi UMNO Akan Pupus?

$
0
0
Pagi semalam saya ke kedai kopi untuk sarapan bersama isteri seperti hari minggu yang biasa. Maklumlah bila dah pencen dan sama-sama berumur lebih baik tidak menyusahkan isteri untuk menyediakan sarapan. 

Pada hari-hari biasa pun kerana isteri belum pencen saya biasanya bersarapan di kedai. Kalau di rumah pun saya hanya buat scramble egg dan melahap bersama roti ajer.

Pagi tu bila saya melangkah ke dalam kedai saya disapa oleh seorang yang memang saya kenal rapat. Beliau ialah bekas Timbalan Menteri besar merangkap bekas ketua UMNO bahagian dan bergelar Dato'

Saya duduk di mejanya dan bersembang santai. 

Biasalah bila duduk bersama orang politik maka tajuk sembang pun politiklah juga. Walau pun dalam keadaan santai, tapi nampaknya beliau serius. 

Katanya UMNO kalah di Kelantan kerana orang Kelantan bijak memberikan undi untuk siapa yang layak dan parti mana yang boleh diharap. Nampaknya beliau cukup kecewa dengan UMNO sekarang.

Beliau kata UMNO sekarang hidup dengan bertongkatkan duit (sogok/rasuah) dan ugut atau memomokkan. Katanya bagi manusia yang tidak cedik bolehlah dipakai kaedah itu. Tapi sekarang ramai pengundi muda yang cerdik dan celik media. Berita seluruh dunia hanya berada di hujung jari saja.

Sekarang pun UMNO hidup dan berkuasa kerana Sabah dan Sarawak kerana orang-orang di sana masih terkebelakang dari segi input maklumat dan pelajaran. Bila generasi yang buta maklumat dan mudah dimakan ugut serta perpesona dengan taburan duit sudah tak ada, apa akan jadi pada UMNO?

Bila generasi tua dah pergi dan generasi muda yang cerdik dan berpelajaran menjadi pengundi, segala pengaruh tadi akan lenyap. Maknanya UMNO hanya boleh bergantung kepada kerusi dari Sabah dan Sarawak buat sementara sahaja. Sebelum orang-orang Sabah dan Sarawak maju dan dipenuhi generasi yang berpelajaran dan bijak.

Di semenanjung pun senario yang sama akan berlaku. Bila generasi lama yang totok dan tidak punyai fikiran terbuka sudah tiada dan diambil alih oleh generasi baru yang lebih berpelajaran dan terbuka, UMNO tidak akan aku dijaja lagi. Beliau memberi contoh undi popular baru-baru ini menyatakan segala. UMNO hanya mendapat sokongan orang-orang kampung yang buta maklumat dan yang masih berfikiran sempit.

Generasi tua ini tidak akan menongkat langit. Dalam masa 15 ke 20 tahun dari sekarang generasi ini sudah tiada. Generasi barulah yang akan menentukan hala tuju politik Malaysia nanti. Generasi baru ini memang sudah berpelajaran dan tentunya fikiran mereka lebih terbuka dan berpandangan jauh. Yang penting mereka pastinya lebih kritis.

PAS juga akan mengalami masalah sekirannya semua kepimpinan dimonopoli oleh golongan yang dikatakan Ulamak. PAS akan bermasalah berhadapan dengan generasi muda yang lebih cerdik prograsif.

Itulah pandangan seorang orang lama dalam UMNO dan pernah pegang jawatan penting pula yang saya faham dan titipkan di sini. Nak kata beliau kecewa kerana jawatan, beliau sudah tua dan tidak pegang dan rebut apa-apa jawatan lagi

Berita berkaitan dariportal berita

Umur 71 Masih Cantik!

$
0
0

Sarimah tidak pernah sembunyikan usianya

November 17, 2013
Pelakon veteran tersohor ini masih bertenaga meskipun usianya mencecah 71 tahun.
PETALING JAYA: Di zaman keagungan filem P. Ramlee pada tahun 60an, Sarimah adalah salah seorang seniwati filem Melayu yang terkenal. Kini berusia 71 tahun, anak kelahiran Pulau Rusa, Pekan, Pahang ini mula diperkenalkan P. Ramlee melalui filem Ali Baba Bujang Lapok.
Dalam filem tersebut Sarimah memegang watak Marjina seorang hamba yang bekerja dengan S. Shamsuddin (Kassim Baba). Di atas kebijaksanannya Marjina dimerdekakan oleh Aziz Satar (Ali Baba) kerana mengetahui niat P. Ramlee (Ketua Penyamun) mahu membunuh Ali Baba.
Selepas itu Sarimah muncul dalam filem Ibu Mertuaku di mana sebagai Sabariah beliau yang sudah biasa dengan kekayaannya tidak tahan hidup dengan Kassim Selamat (P. Ramlee) yang bekerja sebagai buruh binaan. Sabariah akhirnya kahwin dengan Ahmad Mahmud. Filem ini mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaya ketika itu.
Selepas Ali Baba Bujang Lapok dan Ibu Mertuaku, Sarimah muncul dalam filem Madu Tiga di mana P Ramlee kahwin tiga. Sarimah sebagai isteri nombor tiga yang menjadi pendamai di antara isteri pertama dan kedua P. Ramlee (Jamil).
Selepas P Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, Sarimah muncul dalam filem Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.
Sarimah pernah menjadi penerbit filem dengan menerbitkan filem Dia Ibuku di mana beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam festival Filem Malaysia pada tahun 1981.
Filem-filem lain yang dilakoninya ialah  Si Tanggang (pelakon pembantu), Indera Bangsawan (pelakon utama), Lubalang Daik (pelakon
pembantu),Neracha (pelakon utama), Batu Durhaka (pelakon utama),Darah Muda (pelakon utama)..
Banyak filem
Filem lin ialah  Labu dan Labi (pelakon pembantu), Bidasari (pelakon utama), Tiga Abdul (pelakon utama),Sayang Si Buta (pelakon utama),Dayang Senandong (pelakon utama),Batu Durhaka, Norlela Pilih Menantu,Gerak Kilat (pelakon utama), Sri Andalas.
Darma Kesuma (pelakon utama),Kanchan Tirana (pelakon utama),Raja Bersiong (pelakon utama), Bukan Salah Ibu Mengandung (pelakon
utama),Dr Rushdi (pelakon utama),Gelora (pelakon utama).Menanti Hari Esok (pelakon pembantu),Detik 12 Malam (pelakon utama),Tiada Esok Bagimu (pelakon utama),Potret Maria (pelakon utama),Jejak Bertapak (pelakon utama),
Dia Ibuku (pelakon utama).Kabus Tengahari (pelakon utama),Ranjau Sepanjang Jalan (pelakon utama),Warna-Warna Hati (pelakon utama),Sepi Itu Indah, Tarik-Tarik (pelakon utama) dan Momok The Movie (artis jemputan).
Walaupun sudah lama tidak berlakon,Sarimah kekal awet muda. Bila ditanya beliau berkata ulam-ulaman dan air zam-zam sudah memadai bagi beliau untuk kekal sihat dan bertenaga.
Mungkin sudah diajar dari kecil, pelakon veteran tersohor ini masih bertenaga meskipun usianya mencecah 71 tahun. Malah, Sarimah masih mampu melakukan kerja berat seperti dulu tanpa bantuan sesiapa.
Bersyukur dengan rahmat kesihatan yang diberikan kepadanya, Sarimah melakukan rutin harian seawal jam 4 pagi untuk bersolat dan melakukan senaman ringan.
Hanya bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup memberi tenaga kepada pelakon yang terkenal dengan filem Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dan Ibu Mertuaku ini.
`Tidak makan ayam dan daging’
“Saya tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, bukan pantang, tetapi sebab tidak minat. Sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan menjadi makanan ruji saya setiap hari dan mesti ada. Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati,” katanya.
Bagi Sarimah, penjagaan dalaman amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.
Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.
“Ketika itu, saya tidak boleh bergerak, hanya mampu terlantar.Bahkan hendak solat pun perlu berbaring. Tetapi itu tidak melemahkan saya kerana menganggap mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang diberi.
“Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam,” katanya.
Meskipun sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit, ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata.
Tidak pernah menyembunyikan usianya, Sarimah berkongsi tip penjagaan kesihatan dengan wanita lain melalui produk kecantikan dalaman keluaran syarikatnya, Primadona Worldwide Sdn Bhd.

Nak Tergelak Ada, Menyampah Pun Ada!

$
0
0
Ahad, 17 November 2013 09:32
MENYESAL SUDAH TERLAMBAT, DR M: Melayu lemah pendidkan disebabkan dasar jumud kamu!
Oleh Simon Neoh
Terkenal dengan sindiran dan juga minda yang tajam, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini membuat satu lagi kenyataan yang membuatkan saya tergelak.
"Saya orang Melayu dan saya suka bahasa Melayu," dia dipetik sebagai berkata."Tetapi saya juga mahu orang Melayu menjadi terpelajar.Saya memohon agar subjek-subjek ini diajar dalam bahasa Inggeris semula."
Jangan tersalah sangka- bukan kerana Mahathir' meminta ' untuk Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris yang membuat saya ketawa , sebaliknya, saya tidak percaya apabila saya membaca bahawa lelaki berusia lapan puluhan yang juga dikenali sebagai lelaki bijak di Malaysia ini mengaku dirinya ‘orang Melayu'.
Ia sama seperti serigala dalam cerita dongeng ‘Little Red Riding Hood’ yang berkata, "Saya nenek kamu". Bukankah dia dahulunya sering menegur dan mencemuh orang Melayu sendiri kerana tidak bersyukur dan sentiasa lupa, dia juga telah menggariskan satu persatu dilema orang Melayu.
Sama ada Mahathir telah lupa bahawa dia anak Mohamad, seorang lelaki Malayali , Iskandar Kutty, yang berasal dari Kerala , India, atau dia telah memilih cara hidup suku Mosuo , dimana budaya mereka adalah " matrilineal "–mengikut keturunan ibu. Apa kena mengena pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan Mahathir yang mendakwa dirinya sebagai orang Melayu!
Bahasa yang digunakan adalah semata-mata bahasa pengantar. Melayu, atau Inggeris, bukan isu dengan sistem pendidikan kita, tetapi persekitaran di mana intelektualisme kita sedang ditindas oleh sistem pendidikan Malaysia yang pastinya menjatuhkan standard pendidikan dalam negara!
Orang-orang seperti kita yang telah belajar di luar negara mampu bergerak ke hadapan ,malangnya majoriti rakyat Melayu kita, rakan-rakan yang berasal dari luar bandar, ketinggalan dalam zaman globalisasi ini. Siapa lagi yang harus dipersalahkan kecuali Mahathir sendiri!
Oleh itu, untuk mendakwa dirinya sebagai orang Melayu membuatkan saya ketawa, terutama sekali apabila dia kini bercakap tentang pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris apabila pada suatu masa dahulu, atas nama nasionalisme Melayu, bahasa kebangsaan telah diperkasakan tanpa mengambil kira bahasa-bahasa lain.
Sudah terlambat
Soalan saya ialah: Bukankah Mahathir menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1974 ?Kemudian, dia menjadi Perdana Menteri keempat yang telah berkhidmat untuk tempoh terpanjang dari tahun 1981. Selama lebih 22 tahun sehingga dirinya bersara pada tahun 2003, apa yang telah dilakukan untuk memastikan rakyat Malaysia digalakkan untuk menguasai Bahasa Kebangsaan mereka, tanpa mengabaikan bahasa-bahasa lain , terutamanya bahasa Inggeris?
Masyarakat Cina dan India telah melakukannya dengan baik kerana mereka memilih untuk mengamalkan pelbagai bahasa.Saya boleh jadi contoh yang baik. Saya fasih dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Jika saya bercakap dalam bahasa Melayu melalui telefon, anda mungkin fikir saya orang Melayu, tetapi dengan Mat Salleh , saya boleh bercakap dengan yakin dalam Bahasa Inggeris.
Apabila saya mengimbas kembali ,apa yang boleh saya katakan adalah Mahathir tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini walaupun dia mempunyai kuasa untuk melakukan yang terbaik. Sebaliknya, dia lebih berminat dalam projek-projek mega dan projek-projek penswastaan ​​yang memperkayakan kroninya. Malah, pendidikan juga telah diswastakan.
Apabila Cina dan India melabur sebahagian besar simpanan mereka untuk pendidikan anak-anak sama ada di institusi swasta tempatan mahupun luar negara , masyarakat Melayu luar bandar dibiarkan untuk bergantung kepada pendidikan percuma di universiti awam. Semua diajar adalah dalam bahasa Melayu. Sekarang, kerana mereka kekurangan kecekapan dalam bahasa Inggeris , mereka mendapati ianya sukar untuk menguasai kedua-dua komuniti perniagaan sama ada tempatan ataupun global di mana Bahasa Inggeris digunakan secara meluas .
Pada masa lalu, orang-orang seperti Lim Kit Siang dan yang lain-lain telah berkali-kali mengulangi bahawa bahasa hanya merupakan alat - satu kaedah untuk mencapai matlamat –bukanlah objektif itu sendiri, tetapi mengapa Mahathir tidak mahu mendengar suara rakyat?Kenapa perlu cemburu sekarang jika kaum-kaum lain boleh berkomunikasi dengan yakin dalam bahasa yang berbeza , tetapi majoriti orang Melayu yang masih ' terperangkap ' dalam mentaliti satu bahasa - Bahasa Melayu?
Saya percaya bahawa rakan-rakan Melayu saya boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang betul atau dalam bahasa global yang lain, tetapi yang menyedihkan saya adalah setiap kali saya melihat surat permohonan kerja yang ditulis oleh seorang lulusan universiti (termasuk graduan India dan Cina). Walaupun sudah bertahun mereka mempelajari bahasa itu sebagai satu subjek , mereka masih tidak boleh menghasilkan surat yang mudah, apatah lagi yang mampu menarik perhatian saya sebagai penemuduga.
Standard jatuh menjunam: Bukankah kamu bertanggungjawab , Dr M?
Jika ditanya semula kepada Mahathir, soalan saya kepadanya ialah: Anda sendiri telah menerajui portfolio pendidikan, apa yang telah anda lakukan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan penduduk luar bandar?
Daripada melabur dalam pendidikan mereka, apa yang saya lihat adalah Mahathir lebih berminat untuk mengukuhkan kerjaya politiknya. Dia sebenarnya bertanggungjawab memperkenalkan kawalan kerajaan yang lebih ketat ke atas universiti-universiti di negara ini. Pada masa itu, university-universiti di Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau ini, dan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan (HSC) perlu bersaing untuk mendapatkan tempat di universiti-universiti awam tempatan. Mereka yang tidak mendapat tempat di universiti awamlah yang terpaksa memilih untuk belajar di luar negara .
Setelah tiga dekad, perkara yang terbalik pula berlaku. Standard universiti awam kita telah jatuh menjunam mengakibatkan kebanyakan orang pada hari ini tidak lagi mendambakan kemasukan ke universiti awam tempatan. Universiti-universiti awam di Malaysia tidak lagi diberi nilai yang tinggi, berbanding rakan-rakan mereka di negara-negara perindustrian yang baru. Ia dianggap sekadar ‘cukup makan’ jika memasuki institusi pengajian tinggi swasta - dan ibu bapa perlu mengeluarkan sebahagian besar daripada wang simpanan mereka untuk membayar bagi mendapatkan segulung kelayakan untuk anak-anak mereka . Jika institusi itu jujur, tidak mengapa; tetapi, jika institusi itu hanya mahu mengaut keuntungan daripada ibu bapa yang tidak mengesyaki apa-apa?
Pada tahun 70-an , apabila Mahathir menjadi Menteri Pelajaran, pelajar universiti aktif berpolitik dan lebih lantang. Akibat daripada penindasan politiknya pada tahun-tahun awal berkhidmat sebagai Menteri Pelajaran, sistem pendidikan Malaysia telah gagal menghasilkan intelektual yang kini boleh terlibat dalam debat awam untuk membantu dalam kemajuan negara. Individu-individu terutamanya mereka yang lantang telah menyertai kesatuan sekerja dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain , dan apa yang Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak warisi dari Mahathir hanyalah kabinet yang terdiri daripada lelaki dan wanita pak turut.
Disebabkan itu, apa yang kita ada pada hari ini hanyalah ahli-ahli politik yang pengecut jika dicabar untuk berdebat secara terbuka. Daripada menggalakkan amalan berhujah secara sihat dan intelektual, dimana mereka tidak mahu, atas alasan nasionalisme Melayu , mereka hanya memetik pepatah "Pantang Melayu dicabar " (‘orang Melayu tidak boleh dicabar’ dari epik Hang Tuah ) atau "Jika anda tidak setuju, carilah negara lain." Cara menteri kabinet bercakap langsung tidak menggambarkan mereka sebagai pemimpin yang bijaksana. Bagaimana anda boleh mengharapkan para intelektual untuk menghormati menteri-menteri kabinet yang hanya pandai merapu dan merepek sahaja?
Saya ulangi : Hasil daripada sistem pendidikan kita , ditambah dengan budaya politik yang telah kita warisi daripada Dr Mahathir, menyebabkan graduan kita menjadi pelajar pasif. Untuk mengelakkan biasiswa mereka ditarik balik, pelajar menjauhkan diri dari politik pada hari ini. Mereka adalah dunia korporat yang terasing, meninggalkan politik hanya untuk orang-orang yang dibenarkan terlibat dalam yang tidak lebih daripada politik longkang.
Orang Melayu paling terkesan
Orang Melayu merupakan golongan yang paling terkesan oleh sistem pendidikan yang terencat. Kecuali beberapa orang Melayu yang berfikiran moden, dan saya begitu bangga melihat mereka, begitu sedikit yang mampu berhujah secara intelektual dan maju selaras pemikiran mereka. Minda majoriti rakan-rakan Melayu kita sebahagian besarnya mundur, dan orang yang bertanggungjawab tak lain tak bukan, Dr Mahathir sendiri.
Pada kemuncak kuasanya dahulu, dia boleh menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk mereka. Saya pasti rakan-rakan Melayu kita boleh bangkit dalam intelektualisme mereka, dan bukan hanya membiarkan emosi menguasai diri dan dipergunakan oleh ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri .
Selepas Dr Mahathir meninggalkan kabinet pada tahun 2003, semakin ketara bahawa orang-orang yang telah dipilih untuk menjadi menteri sebenarnya dikalangan mereka yang tidak berguna. Kecuali beberapa orang seperti Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah, dan juga Ong Tee Keat, menteri-menteri kabinet yang lain, termasuk ramai yang berada dalam kabinet Najib hari ini, kurang berkaliber . Tidak hairanlah jika rakyat tidak lagi memberi kepercayaan kepada menteri-menteri kabinet.
Saya rasa, Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Abdul Rahman Dahlan sudah pasti akan dimarahi jika dia memuji Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura ( HDB) semasa era Mahathir dan mencontohinya- memandangkan Mahathir dan musuh ketatnya Lee Kuan Yew sering tidak bersependapat antara satu sama lain.
Jurang perbezaan bandar dan luar bandar membesar, begitu juga ketidakstabilan
Jika ditinjau kembali, mangsa terbesar dalam sistem pendidikan sekarang merupakan orang luar bandar yang kekurangan peluang dan pendedahan untuk mendapatkan pendidikan bertaraf dunia.Perbezaan antara seorang kanak-kanak dari bandar dengan yang berasal dari luar bandar adalah begitu ketara.
Jika lelaki muda dari bandar mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi, mampu mengendalikan situasi yang paling mencabar dalam persekitaran perniagaan, rakan sejawatannya dari luar bandar masih tidak mampu menyusun ayat dalam bahasa Inggeris.
Jurang ini juga nampak jika kita membandingkan graduan dari universiti awam di Australia, United Kingdom dan Amerika dengan lulusan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam tempatan . Malah dalam senario kes terburuk, jika mereka boleh berhujah, walaupun bukan dalam bahasa Inggeris yang sempurna, yang kedua pula tidak mampu untuk mengutarakan hujah yang bijak dalam mana-mana subjek sekali pun.
Walaupun Mahathir telah membuat rayuan baru-baru ini, tidak mungkin Najib mahupun timbalannya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, akan berpaling untuk mengikut telunjuknya. Seperti yang dinyatakan oleh seorang penganalisis veteran PKR, Eddie Wong, "Ini akan menjadi peluang untuk Najib dan Muhyiddin untuk memperolehi mata daripada orang Melayu. Ia adalah mudah untuk meramalkan reaksi mereka. Mereka akan tergesa-gesa memastikan hak-hak orang Melayu dilindungi apabila sebenarnya ini adalah isu pendidikan bukan isu bangsa mahupun hak-hak kaum. "
Mungkin juga, hanya jika kerajaan berubah akan membantu memperbaiki sistem pendidikan di negara ini. Jika tidak, sesiapa sahaja boleh membuat penilaian yang mudah dan memberitahu di mana sebenarnya hala tuju kita. Pada pendapat saya sebagai rakyat biasa, jika objektif pendidikan yang baik adalah untuk melahirkan insan yang bebas dan yakin, sistem pendidikan kita telah benar-benar gagal.
Setelah hampir 57 tahun, anak-anak muda kita masih bergantung kepada bantuan kerajaan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Dr Mahathir apabila dia tidak lagi menjadi jaguh nasionalisme Melayu yang pernah diperjuangkannya dahulu . Terdapat begitu banyak paradoks jika dilihat dengan mata kasar. Ia samalah seperti UMNO yang masih mengekalkan akronimnya, dan tidak mengubahnya kepada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ( PKMB ), apabila segala-galanya termasuk nama-nama jalan dan papan tanda telah ditukar sejak tahun 70-an lagi.
Terjemahan oleh Huzainah A Rani
Malaysia Chronicle

Kreatif: Senyum Sebelum Tidur

Adakah CSL Tujukan Kepada Utusan?

$
0
0
Isnin November 18, 2013
Pemilihan MCA: Orang Luar Jangan Campur Tangan - Soi Lek
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hadir pada majlis perasmian Konvensyen MCA Perak di Ipoh pada Ahad

IPOH: MCA mahu orang luar tidak masuk campur dalam urusan pemilihan parti peringkat nasional yang akan diadakan pada 21 Disember depan.
Presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu berkemampuan untuk urusan dalaman mereka tanpa campur tangan daripada pihak luar.
"Kami (MCA) dapat menyelesaikan masalah kami sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen MCA Perak di sini pada Ahad.
Pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, empat jawatan naib presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat (CC) akan diadakan pada 16 Disebember sementara pemilihan pada 21 Disember.
Setakat ini, hanya Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan beliau akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti kali ini.
Dr chua menggesa beberapa pemimpin veteran tidak menggunakan pemilihan parti kali ini sebagai medan untuk meluahkan rasa kecewa mereka.
"Kami (MCA) menghormati dan berterima kasih kepada veteran parti atas pertolongan dan keprihatinannya, namun mereka tidak harus menimbulkan masalah kepada kita," katanya.
Viewing all 11456 articles
Browse latest View live