Quantcast
Channel: MOUNTDWELLER
Viewing all 11456 articles
Browse latest View live

Khalid Tibai Sape Nih?

$
0
0
Ulama punca PAS gagal PRU13
Jamilah Kamarudin| September 18, 2013
Ulama pelapis sibuk nak serang Pakatan Rakyat




SHAH ALAM: Antara punca kegagalan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah disebabkan kegagalan ulama pelapis memainkan peranannya di peringkat akar umbi.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ulama pelapis PAS gagal menangani propaganda Umno diperingkat akar umbi sehingga PAS gagal menembusi kawasan kubu kuat Umno.
“Kegagalan kita (PAS) ialah kegagalan untuk menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi.
“Sepatutnya ulama pelapis ni tumpu kepada kelemahan dalam menangani dakyah Umno dikalangan masyarakat Melayu.
“Daripada  dia sibuk nak serang dan mengkritik Pakatan Rakyat lebih baik dia tumpu kepada persoalan menangani dakyah Umno,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Khalid berkata, tugas PAS semasa PRU13 Mei lalu sepatutnya menembusi dan menawan kerusi yang sekian lama menjadi kubu kuat Umno tetapi gagal menanganinya secara efektif.
Katanya, sekiranya Dewan Ulama mampu memberi tumpuan dalam peranannya semasa PRU13 sudah perkara itu berjaya dilaksana.
“Itu kelemahan kita, bukan kerana tahaluf siyasi (persefahaman politik),” katanya.
Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu sekaligus membidas kenyataan Dewan Ulama PAS minggu lalu yang menganggap Pakatan Rakyat hanya merugikan parti itu menawan undi Melayu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, sehubungan itu meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat tidak pernah silap.
“Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan.
“Tetapi kaji hanya untuk penambahbaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.
“Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan,” kata Nik Aziz.

Kita Tengok Apa Jenis Kelentong Pulak Lagi

$
0
0
Adakah penangkapan ini juga ada kaitan dengan pemilihan UMNO di mana Shahrizat akan mempertahankan jawatan?
Kalau Najib juga masih menyokong Shahrizat, isu ini juga mungkin satu tempelak terhadap Najib

Shahrizat Dijangka Ulas Isu Seleweng Dana 1Azam Petang Ini
PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengulas mengenai kes penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) menerusi sidang media khas pada petang Khamis.
Shahrizat yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dipercayai akan menjawab pelbagai persoalan mengenai penyelewengan dana tersebut.
Sebelum ini media melaporkan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri, Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama enam yang lain untuk membantu siasatan mengenai kes penyelewengan dana 1Azam.
Suhaimi yang sebelum ini berkhidmat untuk Shahrizat bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik 10 kenderaan termasuk kereta mewah seperti dilaporkan beberapa media.
Menerusi reaksi ringkas Shahrizat pada Rabu, beliau menyatakan keyakinan dengan kewibawaan dan kredibiliti SPRM berhubung siasatan terhadap projek penyelewengan dana 1AZAM.
Menurut Shahrizat siasatan berkenaan menunjukkan bahawa SPRM sentiasa telus menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali.
Media sebelum ini melaporkan, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.
Individu itu kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan. - sumber

RCI: Anwar Bela Mahathir

$
0
0
Anwar: Jangan salahkan Dr M saja
Nigel Aw
  • 12:35PM Sep 19 2013
Jarang-jarang berlaku, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pemberian kad pengenalan terhadap warga asing di Sabah.

NONE"Saya lihat laporan media, semuanya menyalahkan Dr Mahathir. Ini tidak betul.

"Sistemnya sudah beroperasi sejak sebelum beliau dan terus berlangsung selepas itu, Tetapi kita harus hentikannya," kata Anwar merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai "Projek IC".

Anwar memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.
Bagaimanapun, tanpa menamakan bekas bosnya itu, Anwar yang berpakaian sut hitam dan kemeja putih, membidas Mahathir yang mendakwa tidak tahu tentang Projek IC.

Katanya, jika anda bercakap mengenai kira-kira 200 atau 5,000 orang (pendatang haram) yang datang ke sebuah bandar, maka beliau boleh menerimanya.

Tetapi, tegas Anwar, jika lebih 100,000 orang yang datang (ke Sabah) dan anda mengatakan tidak tahu, maka menurutnya, ia hanya menunjukkan yang anda benar-benar tidak cekap, tidak bertanggungjawab atau bersubahat dengannya.

Anwar menjelaskan bahawa mekanisme itu pada mulanya ditubuhkan semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk menangani kemasukan pelarian berikutan perang saudara di selatan Filipina pada tahun 1970-an.

Bagaimanapun, katanya, mekanisme tersebut yang disifatkannya sebagai satu pasukan petugas khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), terus wujud selepas konflik tersebut dan telah disalahgunakan untuk memberi kerakyatan kepada warga asing.

Apabila disoal oleh pegawai pengendali Manoj Kurup sama ada pasukan petugas khas yang dirujuk oleh Anwar itu adalah orang yang sama yang ditubuhkan di bawah MSN pada tahun 1989 untuk menangani pendatang tanpa izin di Sabah, ketua pembangkang itu menafikannya.

Anwar menjelaskan bahawa beliau membuat rujukan khusus kepada (pasukan petugas) yang rahsia dan yang agak tidak teratur, di luar skop struktur yang sah yang boleh diterima oleh mana-mana masyarakat sivil atau kerajaan.

Anwar, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, berkata operasinya ketika itu tidak digambarkan sebagai 'Projek IC' tetapi secara umumnya dirujuk sebagai operasi oleh pasukan petugas tersebut.

Beliau berkata, kabinet itu tidak pernah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan beliau pertama kali mendengar mengenainya melalui aduan daripada akar umbi di Sabah.

Anwar memakai kaca mata hitam ketika memberi keterangan sepanjang prosiding tersebut dan matanya kelihatan bengkak ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Ditanya mengenai matanya yang bengkak, Anwar menjawab ia disebabkan oleh alahan, dan menjangka ia akan pulih tidak lama lagi.

Anwar adalah saksi ke-210 yang memberi keterangan kepada RCI sejak ia bermula pada Januari tahun ini dan merupakan saksi tunggal yang memberi keterangan hari ini.

Mahathir memberi keterangan Rabu lepas.

Pertandingan Muslimah Dunia?

$
0
0
Obabiyi Aishah Ajibola dari Nigeria dimahkotakan oleh penyandang Muslimah Dunia 2012, Nina Septiani dari Indonesia selepas dinobatkan sebagai Muslimah Dunia 2013 pada Anugerah Muslimah Dunia di Jakarta semalam. 

21 wanita Islam menyertai pertandingan itu yang menilai peserta berdasarkan kecantikan dan pengetahuan agama. 

Gambar oleh Reuters.

Aiik....Sape Dia Ni Kepada PAS?

$
0
0
Orang luar PAS terutama yang memusuhi PAS tak payahlah nak menyibuk
Baikilah parti sendiri dulu.......
Parti sendiri pun keliru halal dan haram
Ada hati nak nasihat orang!

Di pihak BN adakah UMNO dan MCA punya ideologi yang sama?

'Pas perlu buka mata'

SEREMBAN – Pas sememangnya wajar mengkaji secara mendalam kerjasama politik atau Tahaaluf siyaasi antara parti itu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR). 

Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi (gambar) berkata, Pas perlu membuka mata melihat sejauh mana parti itu mampu bertahan dalam PR kerana ketiga-tiga parti itu sebenarnya tidak mempunyai ideologi politik yang sama.

“Kita tidak perlu menjadi ‘gula-gula’ terutama kepada DAP. DAP sebenarnya mahu memperguna Pas bagi memperluaskan pengaruhnya di kawasan luar bandar memandangkan pengaruh mereka sudah kuat di kawasan bandar.

“Yang rugi adalah Pas dan situasi inilah yang seharusnya perlu dilihat Pas sejak awal pergabungan dalam PR lagi,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Hasim berpendapat, adalah lebih baik Pas bergabung dengan Umno bagi bersama-sama membela serta memperkukuhkan orang Melayu.

“Saya tidak menyentuh akan soal perkauman tetapi sewajarnya langkah itu perlu dilihat kesan positifnya apabila dua parti besar bergabung iaitu Umno dan Pas, sudah tentu ia akan mampu memperkuatkan lagi orang Melayu di negara ini.

“Umno sedia membuka pintu untuk Pas kerana kita adalah parti berlatar belakangkan orang Melayu," katanya.

Hasim juga berpendapat, Pas perlu menyatakan pendirian demi mengembalikan semula zaman kegemilangan mereka tanpa bergantung dengan parti lain.

"Dalam PR, tidak nampak kerjasama terjalin sesama mereka biarpun ketiga-tiga parti itu sering melaungkan wujudnya kesepakatan. Tetapi secara hakikatnya, ia jelas tidak nampak keserasian langsung antara mereka,” katanya.

Agaknya Siapakah Yang Bakal Tersembam!

$
0
0
Sah, Mukhriz tanding naib presiden
mk - 6:13PM Sep 19 2013
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Mukhriz yang juga pengerusi Umno Kedah, mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan tersebut di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di Alor Setar petang ini. 

Semangat anak bekas perdana menteri itu seperti tergambar dalam poster di sebelah pentas tempat beliau mengumumkan tindakan nekad itu, dengan slogan "Berani Berubah".

NONESejurus selepas pengumuman itu, penyokongnya terus melaungkan slogan "Hidup Umno".

Mukhriz juga hari ini menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gandingan terbaik untuk memimpin Umno.

Beliau turut mengumumkan tiga calon untuk merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi, iaitu Aziz Salim, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Malah, sebelum pengumuman itu, kelihatan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir. Beliau turut memberitahu akan berkempen untuk Mukhriz.

"Beliau patut buat keputusan hari ini. Datuk Seri Najib sudah cakap sesuatu dan ia mungkin mempengaruhi keputusannya, tetapi saya tidak akan beritahu," katanya berseloroh kepada beberapa pemberita, ketika muncul untuk berjabat tangan.

Era pemimpin muda
Shahidan juga pengerusi Umno Perlis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bahagiannya memberikan sokongan bulat kepada Mukhriz.

Beberapa penulis blog pro-Umno, antaranya Zakir Mohammed yang mengendalikan blog Big Dog, juga dilihat di acara itu, di samping ratusan hadirin, termasuk pemimpin akar umbi dari Pulau Pinang, Perak, Johor, Terengganu, malah Kelantan.

NONESebelum itu, tempat itu digamatkan dengan laungan "Hidup Mukriz" and "Berani Berubah" sejak jam 5.15 petang.

Kehadiran Mukhriz juga disambut dengan nyanyian lagu patriotik "Inilah Barisan Kita".

Dalam ucapannya, Mukhriz antaranya menegaskan keperluan muka-muka baru dalam BN untuk menghadapi era pemimpin muda pembangkang, tanpa tokoh sedia ada.

"Apakah kita telah membuat persiapan dan perancangan strategik untuk memegang tampuk pemerintahan negara. Apakah kita telah bersedia meraih undi daripada lebih tiga juga pengundi baru nanti?

"Inilah persoalan paling penting difikirkan sebelum kita sama-sama membuat keputusan dan membantu pemimpin kita mengemudi parti," katanya lagi.

Baca jugaMampukah Mukhriz 'haru-birukan' penyandang VP?

Warga Asing Lagi Yang Buat Celaka!

$
0
0
Polis buru warga Indonesia terbabit samun bunuh
BALIK PULAU: Polis sedang memburu lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Jalan Tun Sardon, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata Alias Minan berusia 30-an, dikehendaki susulan penemuan kesan cap jari di lokasi kejadian yang sepadan dengan cap jari lelaki itu yang mempunyai rekod lampau bersabit kes pecah rumah. 
Polis kini menjalankan Ops Rantau Khas bagi mengesan suspek, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. 
Menurutnya polis setakat ini memberkas 16 warga asing dalam operasi itu dan kesemua mereka didapati tiada kaitan dengan kes berkenaan namun tetap ditahan mengikut Akta Imigresen 1963.
Mengulas lanjut mengenai kes itu, Mohd Hatta berkata isteri mangsa, Chang Yook Kee, 71, yang patah tangan kiri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang, masih belum dapat memberi keterangan kepada polis.
Hasil bedah siasat pula mendapati kematian Chin Len Wong, 83, berpunca daripada pendarahan dalaman di bahagian kepala, akibat dihentak dengan objek tumpul dan keras, katanya. 
Dalam kejadian itu mangsa ditemui oleh anak lelakinya dalam keadaan nazak dan berlumuran darah pada jam 9 pagi, sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian. 
Pasangan suami isteri itu hanya tinggal berdua di rumah yang teletak di atas bukit berkenaan dan mengusahakan sendiri kebun durian serta ladang getah seluas 2.83 hektar milik mereka. - Bernama

Inilah Dia Politik

$
0
0
Korang percaya ker?

Shahrizat: Tiada rundingan di sebalik tabir

Tragis: Balasan Kepada Hamba Yang Mencabar Tuannya!

$
0
0
6 hours ago 
Naseh UlwanNaseh yg sharekan cerita ni...
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini...)

Penangan mencabar Allah !

Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat... Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua. Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, "Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa... Tgk sapa lg kuat ! " Sambil ketawa.
 Kedua2nya gelak...
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.
Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..
Apa yg trjd kpd mrk ?

Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu....

Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis...
Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..
Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang (daging tetel?), tiada jln lain.
Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung 'kueh popia' & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..

Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu... Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !
Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pelajaran & pengajaran dari kejadian ini...(!

p/s: awas apabila kita berkata sesuatu, tuhan bayar cash and cash.
nauzubillah min zalik.
via MOR

Syria: 39 Terbunuh Di Dalam Dua Letupan Bom

$
0
0

Syrian towns rocked by deadly bombings

At least 39 killed in two blasts amid heavy fighting on outskirts of Damascus and tension in town near Turkey border.
Last Modified: 19 Sep 2013 18:32
Two bombings in Syria have killed at least 39 people in the latest surge in violence, while al-Qaeda-linked fighters tighten their grip on a border town near Turkey after killing and expelling fighters from the main opposition armed group.

Activists said 20 people were killed on Thursday in a car bombing of a government building in the town of Zamalka, near the capital Damascus.

Elsewhere in Syria, a roadside bomb struck a bus in a village in the central Homs province, killing 19 people, according to a local government official.

The UK-based Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) put the death toll in the blast at 14.

"Several explosive devices detonated as a convoy of minibuses drove past," Rami Abdel Rahman, the network's director, said

The village is predominantly Alawite, an offshoot of Shia Islam and a minority sect to which President Bashar al-Assad belongs, but it also has Christians and Sunni Muslims.

The bombings came a day after al-Qaeda-linked fighters captured a town near the Turkish border in the north of Syria.

An activist group said on Thursday that the town changed hands after heavy clashes between the Islamic State of Iraq and the Levant (ISIS) and the Free Syrian Army (FSA) fighters who controlled the area.

It was the latest development in what has been a relatively new component in the conflict: growing infighting between fighters with ties to al-Qaeda and Western-backed opposition groups.

Turkey has temporarily shut its border post after the gun battles.

"The Oncupinar border gate has been closed due to activity and uncertainty on the Syrian side of the border," a government official told AFP news agency on condition of anonymity, adding that it was a temporary measure.

The US and its European and Gulf Arab allies are increasingly concerned about the rising prominence of al-Qaeda-linked groups among the fighters, who have been playing a major role in the battles against Assad's forces.

Heavy fighting between rebels and government forces has reportedly been taking place in the area in eastern Damascus on Thursday morning.  - sumber

Aku Percaya 'Jantan' Tidak Akan Berunding Di Belakang Tabir!

$
0
0
Dua lagi muka baru mahu cabar Khairy
mk - 11:43AM Sep 20 2013
Dua lagi muka baru menawar diri untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno yang kini disandang Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy bakal berdepan cabaran oleh ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali dan penolong setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail.

Seorang lagi yang telah menyatakan kesanggupan untuk mencabar Khairy sebelum ini ialah anak bekas setiausaha agung UMNO, Akramsyah Sanusi Junid.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Karim akan menyerahkan borangnya esok dan bertanding demi "mengembalikan kepercayaan anggota masyarakat terutama golongan muda dalam parti."

Sinar Harian pula melaporkan Syed Rosli yang berusia 37 tahun itu "tidak sabar" untuk menyerahkan borang pencalonannya di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra esok.

Menurut Rosli, beliau tidak gentar bertanding kerana merasakan sudah tiba masanya pergerakan itu dipimpin oleh pemimpin dari peringkat akar umbi.

Dalam pemilihan parti 2008, Khairy berdepan dua calon - anak kepada bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo.

Khairy memenangi pertandingan tersebut walau hanya mendapat 53 pencalonan dalam sistem lama pemilihan, berbanding 62 pencalonan diperolehi Khir dan 74 yang diperolehi Mukhriz.

Dalam pemilihan kali ini, Mukhriz yang juga menteri besar Kedah mengelak dari bergeser dengan Khairy sekali lagi dengan mensasarkan jawatan naib presiden.

Mukhriz ketika mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan itu semalam tampil dengan slogan "Berani Berubah", selepas bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan saranan agar perubahan dilakukan dalam Umno untuk menampilkan pemimpin muda, terutama di peringkat majlis tertinggi.

Bagaimanakah Perasaan Anda Sekiranya Perkara Ini Menimpa Anak Atau Cucu Anda?

$
0
0
Anak mati di pusat asuhan
Oleh Muhaamad Hafis
KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.
Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya. 
"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.
Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.
"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.
"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.
Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.
"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dua Kakitangan Kerajaan Yang Jelik Dan Bangsat!

$
0
0
2 digantung tugas rasuah ‘jentik-jentik’
Rakaman CCTV menunjukkan dua pegawai kesihatan memasukkan jentik-jentik 
ketika membuat pemeriksaan di sebuah bengkel kereta di Bahau.

Tahniah: Lagi Artis Menemui 'Jalan Yang Lurus'......

$
0
0
Eja Azam Tidak Tinggalkan Solat Selepas Bertudung
Eja lebih berjaga-jaga dalam perlakuan serta pertuturan kata
PETALING JAYA: Selepas membuat keputusan bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah pada Mac lalu, pelakon Eja mempraktikkan diri untuk tidak meninggalkan solat.
Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41, berkata, selama ini dia jarang melengkapkan sembahyang lima waktu yang diwajibkan untuk umat Islam kerana kesibukan tetapi selepas mendapat hidayah Allah, dia akan pastikan kewajipan itu dapat dilaksanakan walaupun di lokasi penggambaran.
"Sebagai manusia, banyak kekurangan yang saya miliki kerana sibuk dengan hal-hal dunia dan sepanjang 17 tahun berada dalam industri seni, kadang-kadang saya lupa terhadap kewajipan saya.
"Tetapi sejak pulang daripada mengerjakan Umrah buat kali keempat, hati dan fikiran saya sudah mula berubah.
"Saya memastikan diri ini tidak tinggalkan solat dan seandainya terlepas dengan tidak sengaja, saya akan qada semula. Selebihnya saya serah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah pelakon yang popular dengan filem Sepi dan Janin ini, perubahan imej bertudung juga membuatkan dia lebih berjaga-jaga daripada segi tingkah laku serta pertuturan agar tidak dipandang serong.
Watak bertudung Eja dalam drama lakonannya turut mempengaruhi dia menutup aurat.
Malah Eja juga berazam untuk melakukan kebaikan sesama manusia agar dapat menggembirakan mereka selain berusaha tidak melukakan hati sesiapa.
Sementara itu, Eja juga bersyukur imej baharu itu tidak menyekat rezekinya sebagai pelakon sebaliknya tawaran yang diterima tidak pernah putus termasuklah turut dilantik menjadi duta buat produk Cosry Skin Therapy.
"Kalau nak tahu, saya menandatangani kontrak dengan pihak Cosry sebelum bertudung dan Alhamdulillah apabila bertudung, mereka tetap menerima imej baru saya ini.
"Dan saya berpendapat, apabila kita melakukan perubahan kerana Allah, sudah pasti rezeki kita sentiasa ada dalam apa-apa situasi sekalipun asalkan kita rajin berusaha," ujarnya.
Dalam pada itu Eja turut menasihati artis-artis bertudung lain agar tidak risau untuk meneruskan karier kerana industri hiburan tempatan sekarang ini lebih terbuka.
Mengenai perkembangannya Eja baharu selesai menjalani penggambaran filem Tembus,arahan Ahmad Idham dan Manisnya Cinta (Bernard Chauly).
Malah Eja juga bakal mengacarakan sebuah program televisyen mengenai isu wanita dan berhajat mengarah sebuah filem pendek tidak lama lagi.

Iblis Yang Pura-Pura 'Beramal'.....

$
0
0
Kejam: Rumah kebajikan aniaya anak yatim

Aurat.....

$
0
0
JANGAN BUAT AKSI INI DIKAMPUNG JIKA TAK MAHU DIBELASAH (GAMBAR)
Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedback dr Ustaz Mohd Noor (Melaka), beliau menjawab:

Harus bg Mazhab Maliki&Hambali..sbb tu geng2 orang gelap yg bnyak guna mazhab ni

MAZHAB MALIKI

Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya.

Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur:an yangg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan. (al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam) - sumber

Adakah Thai Hargai Chin Peng?

$
0
0
Bekas Komander Tentera Thai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Chin Peng
BANGKOK: Seorang bekas komander tentera Thai pada Jumaat memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng di kuil Wat That Thong di mana upacara pengebumian berlangsung.
Jeneral Pisarn Wattanawongkiri dilaporkan sebagai perantara antara bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pihak berkuasa, merenjiskan air wangian pada mayat Chin Peng dan berdoa.
Mayat Chin Peng, ditutupi dengan kain putih, tiba dari hospital pada 16 September pada pukul 2.35 petang (3.35 petang waktu Malaysia) dalam sebuah van dan dibawa ke dalam bilik sembayang berhawa dingin.
Kira-kira 30 orang, termasuk ahli keluarga dan mereka yang lain ingin mengucapkan takziah berada di kuil.
Sami Buddha akan mengendalikan ucapara sembahyang dan pengebumian sehingga pembakaran mayat dilakukan pada petang Isnin.

Apa Pun Yang Aku Nampak Adalah Kerana 'Lubuk Emas' Di Dalam UMNO!

$
0
0
Mukhriz kata dia bertanding VP Bukan untuk mewujudkan dinasti Mahathir
Anak Sanusi Junid pula kata dia bukan proksi Mahathir
Tapi lazimnya di dalam UMNO yang dinafikan itu adalah realiti!

Akhramsyah nafi jadi proksi Dr Mahathir
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 20, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 20, 2013 01:09 PM
Calon Ketua Pemuda Umno, Akhramsyah Sanusi hari ini menafikan beliau berada dalam proksi mantanPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu.
Beliau berkata, pencalonannnya kali ini tidak didorong oleh mana-mana pasukan dalam Umno tetapi hanya mahu mendapat sokongan akar umbi.
"Saya tidak menyebelahi pihak tertentu. Proksi saya adalah kekuatan akar umbi dan saya sangat bersyukur sekiranya pihak yang menyokong saya datang daripada pihak mempunyai pengaruh.
"Saya membuat pemantauan selama tiga minggu sebelum berkeyakinan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno," katanya pada sidang media mengumumkan pencalonannnya di Kuala Lumpur hari ini."Saya tidak memilih. Orang kebanyakan menyokong pun, saya bersyukur kerana mereka yang menjadi perhatian saya.
Akhram berkata, pencalonannya kali ini disebabkan banyak rintihan dari peringkat akar umbi yang diterimanya mengatakan Umno tidak lagi dapat menjaga kebajikan mereka.
Katanya, rintihan yang diterimanya juga hasil sentuhan kepimpinan Pemuda Umno sedia ada yang tidak berjaya sampai ke bawah selain sayap itu tidak dilihat sebagai kumpulan pendesak untuk memperjuang agenda Melayu.
"Berdasarkan apa yang kita lihat pencapaian Umno dalam pilihan raya umum lalu, parti ini bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina tetapi orang Melayu yang tinggal di bandar serta generasi muda.
"Jika Umno masih gagal yakinkan rakyat, bagaimana untuk menang dalam pilihan raya umum ke-14 kelak," katanya yang yakin berjaya merebut jawatan itu daripada penyandang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, melihat kepada kedudukannya yang 20 tahun menyertai Umno selain memegang jawatan tertinggi dalam syarikat carigali minyak antarabangsa, beliau mampu membawa perubahan dalam sayap Umno itu.
Katanya, bagi mengelak pencalonannya ditolak, rujukan dengan pelbagai pihak dalam Umno dibuat untuk memastikannya pencalonannya nanti berjalan lancar.
"Saya melihat penyandang sekarang masih belum menemui formula untuk menang. Memang tidak dinafikan beliau adalah penyandang tetapi beliau juga ada tanggungjawab dalam kementerian. Justeru saya melihat kelebihan itu boleh diatasi meskipun saya orang baru untuk jawatan tersebut.
"Sistem pemilihan terbuka kali ini memberi lebih suara kepada pewakilan memilih pemimpin berwibawa kerana jika dahulu mereka yang bertanding hanya perlu berkempen kepada kira-kira 800 pewakilan yang hadir di Kuala Lumpur tetapi kini suara pemilihan lebih besar iatu kira-kira 75,000 pewakilan dalam Pemuda Umno akan memilih ketua mereka," katanya yang sudah memulakan kempen dan akan lebih menggiatkannya bermula esok.
Akhram yang juga anak kepada bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid itu adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau dan kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke London dalam bidang Sarjana Kejuruteraan Kimia.
Menyusur sejarah keluarga, beliau berkata, nenek dan moyangnya pernah menjadi wakil rakyat dan gabenor di Aceh, Indonesia.
Ahli Umno Cawangan Bendang Baru, Langkawi itu mendapat keahlian parti pada 1994 dan menyifatkan parti Umno masih relevan dalam perjuangannya.
Setakat tengah hari ini, pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila yang terbaru Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, mengumumkan untuk bertanding.
Malam tadi media melaporkan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali turut menyatakan hasrat sama.
Semasa pemilihan parti 2008, Khairy menghadapi pertandingan tiga penjuru iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo.
Khairy memperolehi 304 undi dengan mengalahkan Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232 undi).

Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini. - 20 September, 2013.

Wajah Huduh UMNO Sudah Mula Menyerlah!

$
0
0
Baru hari penyerahan calon
Serangan jelik terhadap peribadi sudah bermula........

"Biri-Biri mengatakan Kambing tak mandi!"
Ahaakh... Melayu tulinkah dia?

Penentang gelar KJ “Bangla” kerana tidak bersekolah di Malaysia
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
SEPTEMBER 21, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 21, 2013 02:26 PM
Penentang Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia itu, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu "ibarat Bangla", merujuk kepada warga Bangladesh.
Beliau mengakui mempunyai kelebihan kerana bersekolah di dalam negara dan berkata, hanya mereka yang membesar dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.
"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam Bangla datang, umur 20 tahun datang Malaysia, hendak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tidak pernah bersekolah di Malaysia pun.
Syed Rosli berkata, kelebihan belajar dan merasai suasana dalam negara adalah kelebihan yang dimilikinya, sekaligus mampu membawa suara akar umbi parti ke peringkat lebih tinggi."Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.
"Saya membesar di Malaysia saya susah di Malaysia, jadi saya memahami apa masalah di akar umbi.
"Khairy memang ada kelebihan tetapi beliau gagal untuk memahami masalah apa gunanya kamu belajar tinggi?" katanya.
Syed Rosli adalah antara calon yang akan menentang Khairy dalam pemilihan Umno kali ini.
Selain beliau, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi turut menghantar borang pencalonan menentang Khairy secara rasmi hari ini.
Syed Rosli turut mengangkat sumpah laknat di ruangan pencalonan sekaligus mencetuskan sedikit kekecohan.
"Saya dengan ini bersumpah laknat untuk tidak mengamalkan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa.
"Saya berjanji akan menjadi seorang pemimpin yang bersih jika diberi peluang memimpin Pemuda Umno," katanya. - 21 September, 2013

Gila: Tak Bolehkah Kalau Tak Gaduh?

$
0
0
Patutlah apa jenis sukan pun yang di bawah Pengurusan Melayu tak maju-maju!

Mahaleel tempelak Rashid
Oleh Mohd Hilmie Hussin
Kuala Lumpur: “Siapa ludah siapa? Rashid Sidek menandatangani kontrak bersama sebuah kelab di India sedangkan terikat dengan kami dari Januari 2013 hingga Disember 2014,” kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berang tindakan jurulatih kebangsaan itu meletak jawatan atas alasan tidak sesuai bekerja dengan sistem baru diperkenal badan induk itu.
Tengku Mahaleel ketika mengadakan sidang akhbar tergempar semalam bagi menjawab alasan diberikan Rashid, menuduh jurulatih itu yang ‘menyeleweng’ daripada tugasannya apabila terbabit dengan Liga Badminton India (IBL) apabila menandatangani kontrak setahun bersama kelab Delhi Smashers. 
“Kami ada bukti berdasarkan akhbar India yang melaporkan Rashid mengikat kontrak bersama kelab itu ketika masih terikat dengan BAM. Mana boleh seorang pekerja ada dua majikan pada satu masa, kami akan menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap Rashid,” kata Tengku Mahaleel. 

Sebelum ini Rashid menyatakan mendapat pelepasan daripada majikannya, iaitu pengurusan lama BAM, namun Tengku Mahaleel menegaskan perkara itu tidak pernah berlaku dan pada masa sama beliau turut tidak membenarkan Pengurus Besar BAM Kenny Goh menjawab sama ada pengurusan lama sedar mengenai perkara itu atau sebaliknya.
MAHALEEL berang dengan kenyataan Rashid.

“Kami akan merujuk kepada kelab di India, jika benar Rashid menandatangani kontrak, kami akan teruskan prosedur terhadapnya.”
Viewing all 11456 articles
Browse latest View live