Lama juga aku jadi Ahli PAS
Rupanya selama ini aku pun tak faham perlembagaan PAS!
Tapi apa fungsinya Mesyuarat AJK Pusat?
AJK PAS Pusat mesti dengar arahan presiden, putus Majlis Syura
TMI - Published: 7 September 2014
Rupanya selama ini aku pun tak faham perlembagaan PAS!
Tapi apa fungsinya Mesyuarat AJK Pusat?
AJK PAS Pusat mesti dengar arahan presiden, putus Majlis Syura
TMI - Published: 7 September 2014
Pemimpin-pemimpin PAS semasa muktamar PAS tahun lepas. Adakah parti sekarang sedang menghadapi pergolakan dalaman? - Gambar The Malaysian Insider, 7 September 2014.
Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti, lapor Harakahdaily.
Dalam satu kenyataan hari ini, mereka berkata ia merujuk kepada Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.
Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m) itu.
Berikutan arahan ini, badan tertinggi dalam PAS itu menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam, kata kenyataan itu.
Kenyataan majlis syura ini dibuat ketika pucuk pimpinan PAS bercanggah pendapat dalam isu perlantikan menteri besar Selangor selepas PKR memutuskan untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam sidang media hari ini, kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilihat bercanggah antara satu sama lain.
Ketika Mustafa berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk tidak menuntut kerusi MB Selangor dan menyerahkan kepada Sultan untuk memilih menteri besar, Mohamad pula berkata, jika sultan memutuskan PAS, "kita kena tolak".
Pada 3 September lepas, Abdul Hadi menghantar surat kepada Istana Selangor mencalonkan tiga nama untuk dipertimbangkan oleh baginda bagi dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Dua darinya adalah Adun PKR manakala seorang lagi Adun PAS.
Setiausaha Agung PAS berkata, keputusan menamakan ketiga-tiga mereka dibuat oleh Majlis Syura Ulama dalam mesyuarat mereka di Kota Baru.
Ekoran itu, Mohamad Sabu membuat kenyataan pihaknya tidak tahu menanhu dengan keputusan itu dan masih berpegang dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu yang memilih Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali.
Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari juga membuat kenyataan sedih dengan keputusan itu.
Ekoran kenyataan-kenyataan ini, pelbagai tafsiran dibuat terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PAS sekarang sedang menghadapi pergolakan dalaman. – 7 September, 2014.