Satu lagi.......
Ke mana lagi arah ADUN PAS yang lain?
Wala'?
Khalid kata sebarang undi tidak percaya kena terjemahkan di DUN tetapi dia tidak pun panggil sidang tergempar DUN!
Ura-ura untuk DUN bersidang pun dengar kocaknya.....
Bukankah itu jawapan dan alasan bodoh namanya?
Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor
mk - 12:56PM - 14 Aug 2014
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.
"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.
Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.
"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.
"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.
"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.
Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.
"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa sokongan majoriti haruslah diterjemahkan melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor walaupun Dr.Wan Azizah sudah mendapat sokongan 30 Adun.

Azizah, sokongan majoriti harus diterjemahkan di DUN kata Khalid
Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

Menurutnya, sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.
“Saya maklum tentang pengumuman Dr.Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
“Sungguhpun begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui.undi proses tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor.
“Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan berjalan seperti biasa,” katanya dalam status terbaru beliau di Facebook.