Quantcast
Channel: MOUNTDWELLER
Viewing all articles
Browse latest Browse all 11456

Tak Nak Dilupakan MH370 : Data Inmarsat mungkin tidak tepat atau salah sama sekali,

$
0
0
Data Inmarsat mungkin tidak tepat atau salah sama sekali, kata pakar 
V Shuman08:30PM Mei 12 2014
SEKILAS PANDANG: Telah lebih dua bulan berlalu sejak pesawat Boeing 777 MAS MH370 hilang tanpa dikesan. Lokasi pesawat ini kekal misteri, seperti nasib 239 orang di atas kapal.
Soalan kini dibangkitkan mengenai kesahihan data dari Inmarsat, yang menyimpulkan bahawa penerbangan itu telah berakhir di sebuah lokasi terpencil di selatan Lautan Hindi berhampiran Perth, Australia.
Seorang saintis komputer dan pakar GPS mengatakan bahawa Inmarsat mungkin telah salah mengira laluan penerbangan terakhir MH370, dan analisis semasanya tidak konsisten.
"Ia adalah sama ada analisis Inmarsat sama sekali tidak masuk akal, atau ianya salah," jelas Ari N Schulman, editor eksekutif New Atlantis, jurnal sukuan tahun mengenai isu sosial, etika, politik dan dasar dimensi bidang sains dan teknologi moden.
"Sehingga pegawai memberikan maklumat lanjut, dakwaan bahawa MH370 menuju ke selatan terletak bukannya kepada pengiraan matematik tetapi pada kepercayaan terhadap pihak berkuasa," katanya, merujuk kepada keengganan pembekal perkhidmatan satelit British untuk berkongsi data dan metodologi meskipun pelbagai permintaan telah dibuat.
"Pegawai-pegawai dan pihak berkuasa carian Inmarsat seolah-olah mahu kan kesemuanya. Mereka mendedahkan carta, grafik dan kenyataan yang memberi gambaran bahawa ianya disokong oleh matematik dan sains, tetapi enggan menjelaskan secara sepenuhnya metodologi mereka," katanya.
Menurut beliau, pihak berkuasa terus mengandaikan bahawa mereka telah mengetahui kawasan di mana kapal terbang telah berakhir, tanpa meneroka kemungkinan lain hanya disebabkan ianya tidak sesuai dengan analisis matematik yang mungkin tidak tepat.
Jika dakwaan Schulman ini betul, ia bakal menyebabkan usaha mencari yang sedang dijalankan di Lautan Hindi sia-sia.
Kita tertanya-tanya apa yang Inmarsat dan pihak berkuasa lain yang terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilang, termasuk kerajaan kita sendiri, sedang rahsiakan.
Soalan telah dibangkitkan, rayuan telah dibuat dan air mata ditangiskan, mengenai tragedi kehilangan ini, tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penerbangan itu telah berakhir di Lautan Hindi, tanpa adanya sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka.
Kekurangan penjelasan memuaskan mengenainya juga telah membuat keluarga beberapa penumpang penerbangan ini untuk bersatu dan membentuk sebuah kumpulan yang dipanggil Voice370. Kumpulan itu baru-baru ini telah mengeirimkan sebuah surat terbuka kepada kerajaan Malaysia, China dan Australia.
Mereka telah menggesa kerajaan Malaysia untuk mendedahkan data mentah Inmarsat supaya "ia boleh dianalisa secara lebih meluas oleh pakar-pakar yang berkaitan."
"Memandangkan ketiadaan pengaktifan pemancar pencarian kecemasan dan serpihan, kami merasakan perlunya data itu dikaji semula oleh pihak ketiga yang bebas.
"Jika analisis Inmarsat tidak dapat menolak kemungkinan adanya laluan penerbangan lain, hakikat ini perlu diakui," jelas Voice370.
Kebimbangan mereka boleh difahami. Berjuta-juta ringgit dan beribu-ribu tenaga kerja telah dibelanjakan bagi meneliti Lautan Hindi yang luas dan bergelora untuk mencari pesawat yang dikatakan hilang, tetapi pihak berkuasa tidak menemui apa-apa untuk ditunjukkan dan meyakinkan keluarga bahawa mereka telah sah kehilangan orang yang tersayang di atas kapal itu.
Apa-apa teori alternatif yang dikemukakan oleh pakar-pakar bebas dan keluarga akan serta-merta dinafikan oleh pihak yang bertanggungjawab, yang berpegang kepada kepercayaan bahawa penerbangan itu telah ghaib tanpa jejak di Lautan Hindi.
Apa yang kita tahu setakat ini adalah pesawat itu telah hilang pada 8 Mac, dan pihak berkuasa mendakwa ia telah terhempas, dengan tiada apa-apa untuk menyokong teori-teori mereka. Berapa lama lagikah teori mereka akan dipercayai, sebelum kebenaran akhirnya terserlah – hanya masa yang akan menentukan.
Tetapi, buat masa ini, MH370 juga sedang perlahan-lahan luput dari perhatian media atau tajuk-tajuk berita.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 11456